Searching...
Sunday, May 22, 2016
2:52 AM 0

Pelakon wanita popular ditikam belasan kali oleh peminat di leher dan dada

Bintang pop Jepun yang ditikam berulang kali dalam serangan oleh peminatnya berada dalam keadaan kritikal, kata polis. 

Mayu Tomita, 20, ditikam berbelas kali di leher dan dada ketika menanti untuk membuat persembahan di sebuah konsert kecil di Tokyo, menurut Jiji Press. 

Polis menahan Tomohiro Iwazaki, 27, di tempat kejadian dan merampas pisau yang berlumuran darah, kata jurucakap polis Tokyo. Tomito menjadi penyanyi dan pelakon ketika meneruskan pengajian di kolej.

Sebelum serangan, beliau membuat aduan Iwazaki memberi komen tidak menyenangkan mengenainya di Twitter dan blog. 

Iwazaki memberitahu polis, beliau marah kepada bintang itu apabila Tomito mengembalikan hadiah yang dihantar kepadanya, lapor stesen penyiar NHK. 

Bintang pop wanita Jepun selalu menonjolkan imej gadis baik, kerap muncul di majlis bertemu peminat dan membuat persembahan di acara kecil. 

Pada 2014, dua anggota kumpulan penyanyi wanita Jepun, AKB48 diserang lelaki bersenjatakan gergaji pada satu majlis bertemu peminat.

Sumber: bharian





0 comments:

Post a Comment