Searching...
Wednesday, June 24, 2015
5:33 AM 0

30 Jenis perbuatan yang amat derhaka kepada ibubapa


Dalam Islam diwajibkan seorang anak itu taat kepada kedua ibu bapanya, mereka wajib menghormati ibu bapanya, tidak boleh bersikap kasar terhadap kedua orang tua mereka.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“Bahawasanya Allah mengharamkan ke atas kamu semua menderhakai ibu dan menanam hidup anak-anak perempuan, sebagaimana Tuhan mencegahmu untuk menahan pemberian yang perlu diberikan dan Allah tidak menyukai kata-kata yang sia-sia dan membanyakkan pertanyaan dan menyia-yiakan harta.” - Riwayat Bukhari. 

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW lagi yang diriwayatkan oleh Thabrani yang bermaksud :

“Tiga perkara tiada bermanfaat, lagi bersertanya sesuatu pun iaitu menyengutui Allah SWT dengan sesuatu, mendurhakai ibu bapa dan lari dari medan pertempuran.”
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Thabrani :

“Dua kejahatan yang dibalas oleh Allah di dunia ini iaitu zina dan derhaka kepada ibu bapa.”

Jadi disini, ingin saya menyenaraikan perbuatan atau perkara yang dikategorikan sebagai derhaka.agar kita tidak melakukan perkara2 dan perbuatan2 ini.

Perbuatan derhaka ialah seperti berikut:

1. anak-anak yang lupa daratan,
2. anak-anak yang tidak tahu menghormati ibu bapa mereka
3. Sikap mereka yang kasar sering membuat hati ibu bapa mereka terluka dan terguris.
4. Anak-anak yang engkar terhadap ibu bapanya
5. anak-anak yang tidak mahu berbuat bakti terhadap ibu bapa mereka.
6. mementingkan diri sendiri.
7. mengeluarkan kata-kata yang kasar. Dari Ibnu ‘Amr, dari Nabi SAW bersabda : “Keridlaan ALLAH ada dalam keridlaan ayah bunda dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan mereka ” (HR. Thabarani)
8. berkeras dan membentak-bentak, mengeluarkan kata "ah!" [QS. Al-Isra' (17): 23], walaupun ibubapa ade salahnya, tapi perbuatan ini derhaka, kerana perlu menegur secara berhemah
9. bakhil membiayai ibubapa sedapat mungkin yang boleh
10. Tidak melayani mereka dan berpaling darinya.
11. Tidak memberikan nafkah kepada orang tua bila mereka memerlukannya
12. Mengumpat kedua orang tuanya di depan orang banyak dan menyebut-nyebut kekurangannya.
13. Menajamkan tatapan mata kepada kedua orang tua ketika marah atau kesal kepada mereka berdua karena suatu hal.
14. Membuat kedua orang tua bersedih dengan melakukan sesuatu hal, meskipun sang anak berhak untuk melakukannya. Tapi ingat, hak kedua orang tua atas diri si anak lebih besar daripada hak si anak.
15. Malu mengakui kedua orang tuanya di hadapan orang banyak karena keadaan kedua orang tuanya yang miskin, berpenampilan kampungan, tidak berilmu, cacat, atau alasan lainnya.
16. Tidak mau berdiri untuk menghormati orang tua dan mencium tangannya.
17. Duduk mendahului orang tuanya dan berbicara tanpa meminta izin saat memimpin majelis di mana orang tuanya hadir di majelis itu. Ini sikap sombong dan takabur yang membuat orang tua terlecehkan dan marah.
18. berpergian tanpa restu ibu walau untuk ke arah kebaikan seperti menunaikan haji,
19. sikap tinggi hati adalah berkacak pinggang di hadapan ibubapa karena merasa dirinya lebih hebat
20. memaki hamun
21. menolak dirinya sebagai keturunan dari orang tuanya
22. menghina ibubapa
23. mengubah wasiat yang ditinggalkan ibu bapa
24. mengambil harta ibubapa tanpa hak
25. mendendami ibu bapa
26. berjihad tanpa izin
27. tidak mau mengurus ibubapa yang telah lanjut usia
28. melawan perintah
29. memasuki kamar ibubapa pada 3 waktu tanpa izin iaitu sblm subuh, menanggalkan pakaian pada tghari dan selepas isya'
30. tidak mendoakan ibubapa ketika solat

Oleh yang demikian, waspadalah terhadap tindak- tanduk dan tingkah laku anda untuk menjaga hati orang tua anda. Anak yang menderhakai ibu bapanya akan ditolak segala amalannya selagi anak itu tidak meminta ampun dan keredhaan dari ibu bapa mereka. 

Anak-anak yang durhaka akan menerima hukuman yang setimpal dari Allah sejak mereka di dunia lagi, mereka hilang kemerdekaan hati dan rasa bersalah sering menghantui mereka. Dan di akhirat juga mereka akan mendapat hukuman yang setimpal. Kerana mereka yang mendurhakai kepada ibu bapa akan dibangkitkan semula di akhirat menyerupai keldai.


0 comments:

Post a Comment